Nicki Minaj kini tampil bersama single terbaru Kety Perry menerusi lagu Swish – swish. Adalah menjadi kebiasaan untuk penyanyi yang muncul dengan lagu terbaru akan dijemput membuat persembahan di acara-acara hiburan.
Terkini, ratu rap berkenaan dan Kety Perry telah membuat persembahan di MTV VMA Award 2017. Namun apa yang mencuri perhatian adalah mengenai pakaian yang dipakai oleh Nicki Minaj.
Sering kali hadir lain daripada yang lain dengan fesyen berinspirasikan kartun Barbie dan warna merah jambu, kali ini Nicki Minaj dilihat mengenakan baju dan seluar berwarna merah jambu.
Uniknya lagi pakaian tersebut diperbuat dari latex. Rata-rata peminat menganggap pakaian tersebut seperti kondom dan tertanya bagaimanakah penyanyi berkenaan memakai baju tersebut malah ada juga yang mengusik;
” Maybe some sort of lubricant? “
Sumber Daily Mail UK
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.