Jika anda mengikuti setiap berita di Hangat pasti pernah baca mengenai pendedahan netizen mengenai syarikat yang diuasahakan oleh Dato Boy Iman atau lebih dikenali sebagai DBI yang dikatakan menipu.

Hari ini, sebuah portal hiburan telah membongkarkan mengenai penafian syarikat SIRIM dan CIDB Malaysia yang membenarkan logo mereka dipamer dan digunakan dalam poster syarikat milik pengarah dan pelakon tersebut.

Malah menurut Sirim, syarikat DBI Technology Sdn Bhd tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat Sirim.

Tambah kedua – dua syarikat ini, mereka tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat atau kesan yang dilakukan oleh DBI Technology Sdn Bhd .

IKLAN

Menurut DBI pula, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa syarikat mereka melakukan penyelewengan dan segala perniagaan yang dilakukan adalah diiktiraf dan dipercayai.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry