Nama Fergie menjadi sebutan bukan sahaja kerana lagu baru beliau yang kini mencuri perhatian, You Already Know tetapi turut menjadi perhatian kerana telah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon terkenal, Josh Duhamel.
Berita perpisahan mereka telah tersebar luas di media sosial dan penampilan terbaru Fergie dilihat tanpa memakai cincin perkahwinan mereka .
Tersenyum sambil menunjukkan lambang ‘peace’ ketika di Brazil, penyanyi ini dikatakan sedang giat mempromosikan album terbarunya, Double Duchess dan akan buat persembahan dalam Rock in Rio Festival 2017.
Terdahulu, gambar terbaru Josh ketika sedang mendaki juga dilihat tidak memakai cincin perkahwinan mereka. Fergie dan Josh sebenarnya telah berpisah pada awal tahun ini dan baru sahaja diumumkan pada khamis yang lalu.
Selepas 8 tahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Axl yang kini berusia 4 tahun.
Sumber E!News
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.