Konsert Akademi Fantasia Megastar 2017 minggu keempat semalam yang bertemakan rock menyaksikan Ewal tersingkir sebagai peserta ketiga yang tidak berjaya.
Disebalik penyingkiran Ewal, ramai penonton dan peminat yang tidak berpuas hati dengan tema pada minggu ini yang dikatakan tidak menunjukkan kebolehan dan bakat sebenar peserta – peserta AF Megastar. Namun begitu, Sufi telah dinobatkan sebagai Star of the week dengan membawa lagu Sambutlah Kasih.
Berlainan pula jika dibandingkan dari sisi fesyen peserta AF Megastar apabila pengarah terkenal, Michael Ang telah mengkritik fesyen salah seorang peserta AF Megastar, Idayu.
Pengarah tersebut telah menyamakan fesyen rambut Idayu dengan kuih tradisional melayu namun begitu persembahan Idayu tetap tidak menghampakan dan menduduki tangga teratas pada permulaan konsert minggu keempat.
Pada minggu hadapan, sembilan peserta lagi yang akan mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel dan Amir
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.