Lazimnya perpisahan atau perceraian adalah sesuatu yang menyakitkan bagi kebanyakan pasangan. Manakan tidak, mahligai yang dibina, hancur begitu sahaja. Namun, berlainan pula dengan Ezlynn kerana dia menarik nafas lega setelah permohonan perceraiannya diluluskan mahkamah.
Merompak Rumah Sendiri
Sebelum ini, murai.my pernah menyiarkan kisah mengenai bekas suami Ezlynn, Adam Fahmi Shamsudin dimana menurut Ezlynn sendiri beliau telah memecah masuk rumah mereka. Menolak dakwaan tersebut, Adam Fahmi yang ketika itu masih berstatus suami kepada Ezlynn hanya mengambil barangan milik beliau sahaja.
Sah Cerai Talak Satu
Selepas enam tahun mendirikan rumahtangga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye, disahkan cerai talak satu dengan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Sebelum melafazkan cerai, Hakim Syarie Noor Byetty Nasir mengarahkan Ezlynn dan Adam Fahmy saling bermaafan.
Sumber Berita Harian
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.