Terkenal sebagai ikon fesyen pada era 90an, ramai yang tertanya-tanya ke manakah hilangnya artis jelita ini. Nama Camelia agak lama sepi dalam dunia hiburan, namun baru-baru ini peminat dapat mengubat rindu dengan gambar yang dimuat naik oleh penyanyi Nora Ariffin di Instagram miliknya.

Nora Terkejut

Dalam kenyataan Nora, dia sangat terkejut kerana dapat berjumpa dengan rakan artis yang sudah lama tidak bertemu. Nora juga kagum dengan Camelia kerana masih mengekalkan kejelitaannya dan kelihatan sama seperti di usia muda.

“Look who I bumped into.
Its Camelia, the beautiful & talented singer, 
Dah lamaaa tak jumpa, 
She still look’s the same, Subhanallah”

Rata-rata netizen kagum dengan penampilan Camelia seolah-olah seperti tidak dimamah usia.

IKLAN

Camelia yang berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk 6 tahun lalu. Camelia atau nama sebenarnya Dayang Noor Camelia Abang Khalid dikurnikan anak perempuan Aisha Asmara Khan yang jelas sekali mewarisi kecantikan ibunya.