Lambat Mengandung. Setiap wanita yang baru berkahwin pasti impikan untuk mendapatkan zuriat. Wanita yang tidak mengandung mungkin akan terima pelbagai persepi di mata masyarakat. Namun begitu, masyarakat juga harus tahu faktor apakah yang menyebabkan seseorang wanita itu tidak dapat mengandung, lambat atau sebagainya.

https://www.instagram.com/p/Ba-8f7PglgG/?taken-by=sitielizad_05

Seperti pelakon Siti Elizad yang sentiasa mengimpikan mempunyai cahaya mata seperti ibu-ibu yang lain. Namun ada beberapa hal yang menyebabkan dirinya sukar hamil. Menurut laporan dari Harian Metro, Siti Elizad mendedahkan pernah mengalami ketumbuhan cyst seberat empat kilogram dalam perutnya sebelum menjalani pembedahan dua tahun lalu.

“Saya difahamkan cyst ini antara punca saya lambat hamil. Saya ada mencadangkan kepada doktor yang mana ingin membuang ketumbuhan ini sekiranya saya diberikan rezeki hamil dan apabila bersalin, cyst dikeluarkan sekali.

https://www.instagram.com/p/Ba6X42YgCuh/?taken-by=sitielizad_05

“Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, cyst mengecut. Diakui perkara ini berpunca daripada faktor pemakanan harian,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Elizad bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman. Majlis pernikahan Siti Elizad dan Shamsul yang bertugas di sebuah syarikat permotoran itu berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Menurut la[poran dari Astro Awani, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hubungannya dan suaminya mempunyai masalah.

IKLAN

Menurut Elizad, spekulasi itu timbul mungkin disebabkan dia terlalu fokus dalam kerjaya dan jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi di media sosial.

Sumber Harian Metro & Astro Awani