Alahai kesian pula kami lihat nasib beberapa peserta Gegar Vaganza 4 yang menjadi mangsa kecaman netizen. Entah dimana silapnya mereka sehingga dikecam sedemikian rupa. Jika sebelum ini Elyana menjadi mangsa kecaman kali ini giliran Aishah pula.
Meluat Tengok Aishah!
Menerusi status yang dimuatnaik di Facebook Ustazah Hamidah, individu ini dipercayai telah menulis sesuatu yang menjatuhkan air muka Aishah malah lebih memalukan, beliau turut menyamakan Aishah seperti seekor binatang. Berdasarkan pemahaman kami, status tersebut dibuat bagi memujuk Aishah menyertai sebuah parti politik dan turut berasa kecewa melihatkan penyanyi ini kini aktif semula menyanyi.
Aishah Cabar Untuk Bersemuka
Status tersebut juga sampai ke pengetahuan Aishah. Tidak mudah melatah dengan status yang menjatuhkannya itu, sebaliknya dia mencabar empunya nama Ustazah Hamidah itu untuk datang berjumpa dan memaki di hadapannya.
Tambah Aishah, beliau langsung tidak terkesan dengan status itu dan mengharapkan dapat buat yang terbaik dalam peringkat akhir Gegar Vaganza minggu hadapan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.