Video seorang lelaki bertindak secara agresif menyerang Ibu pejabat Syarikat Telco di Subang kini viral di media sosial. Video berdurasi selama 1 minit itu manyaksikan lelaki ini membaling beberapa biji telur ke dinding bangunan dan menengking salah seorang pengawal keselamatan di situ supaya memanggil Pengurus untuk turun ke bawah berjumpa dengannya.

Difahamkan lelaki ini yang di kenali sebagai  Mohd Al Iman Zakaria berang pada syarikat telekomunikasi ini kerana perkhidmatan dari aspek langganan perkhidmatan. Dia mendakwa berlakunya penipuan pada pengguna berkaitan bil dan plan.

Melalu posting terbaru di Facebook,  dia kini bersama Pengurus Jualan sedang berunding bagi mendapatkan penjelasan dan penyelesaian masalah ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry