Wanita yang merupakan bekas peragawan ini berharap untuk memecahkan rekod dunia sebagai individu yang mempunyai kaki terpanjang di dunia.
Caroline Arthur akui mempunyai kaki yang berukuran sepanjang 51.5 inci dari pinggul ke tumit.
Wanita berusia 39 tahun dari Melbourne ini berkata dia percaya memiliki kaki terpanjang di Australia dan Amerika malah kini dia berharap untuk membuktikan pada orang ramai, dia bakal memegang rekod terbesar iaitu kaki paling panjang di dunia.
Pemegang Rekod Dunia Guinness terkini disandang oleh Svetlana Pankratova yang berasal dari Rusia, yang mempunyai kaki sepanjang 51.9 inci.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.