Di seluruh dunia, hari Krismas diraikan dengan kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan dalam suasana yang penuh rasa kasih sayang, kebahagiaan dan kedamaian. Sempena musim yang baik ini, Hilton Hotels di Malaysia ingin mengembalikan erti sebenar sambutan Krismas dengan menunaikan impian seorang kanak-kanak melalui Make-A-Wish Malaysia dan kempen “When You Wish Upon A Star”.
Bermula dari 1hb Disember sehingga ke hari Krismas pada 25hb Disember 2018, kempen mengumpul derma ini akan dijalankan untuk mengumpul dana bagi menunaikan impian seorang kanak-kanak.
Dua jenama Hilton di Malaysia iaitu Hilton Hotels & Resorts dan DoubleTree by Hilton Hotel & Resorts, masing-masing akan mengambil seorang anak angkat dan mengikuti perjalanan mereka dari mula sehingga tamat, dalam merealisasikan impian mereka menggunakan kutipan yang diperolehi sepanjang bulan Disember.
Orang ramai dijemput menyertai kempen “When You Wish Upon A Star” dengan membeli barangan berkaitan Krismas yang ditandakan dengan pelekat bintang biru seperti kek Yule Log Krismas, biskut Santa, dan juga bufet makan tengah hari dan makan malam yang disajikan khas oleh pakar-pakar masak dari Hilton di Malaysia. Setiap pembelian barangan berkaitan Krismas akan melihat RM2 disalurkan kepada yayasan tersebut untuk membantu memeriahkan sambutan Krismas bagi seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit yang membawa maut.
Sertai mereka untuk merealisasikan impian kanak-kanak ini dengan membeli barangan Krismas di hotel-hotel yang mengambil bahagian iaitu Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Hilton Kota Kinabalu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Melaka, dan DoubleTree Resort by Hilton Penang.
Untuk maklumat lanjut tentang Make-A-Wish Malaysia, layari makeawish.org.my.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.