Ijtihad Prihatin Malaysia (IPM) ditubuhkan bagi menjalankan projek atau aktiviti – aktiviti kebajikan serta membimbing masyarakat ke arah hidup lebih baik dari segi rohaniah & jasmani.

Selain itu, IPM diwujudkan sebagai langkah permulaan ke arah membasmi kehidupan miskin tegar serta menjalankan kehidupan berlandaskan ajaran agama Islam. Bimbingan kerohanian dalam diri amat penting terutamanya apabila individu mengalami kesukaran menjalani kehidupan.

Buat julung kalinya Ijtihad Prihatin Malaysia mengadakan Pertandingan Badminton Amal Selebriti VS Media. Anda semua berpeluang menyaksikan Artis kesayangan Anda Berentap di Gelanggang Badminton bersama Media.

Antara artis yang bakal menyertai perlawanan ini seperti Dato DJ Dave, Hasnol, Serina Ridzuawan, Farahwahida, Ani Mayuni, Fizz Fairuz, Ara AF dan ramai lagi.

Untuk dapatkan Tiket Masuk Eksklusif, Tiket Biasa berharga RM30, Tiket VIP RM100. Hanya Untuk 200 Orang Terawal, Cabutan Bertuah juga menanti Anda.

Hasil kutipan tiket akan di dermakan ke tabung Ijtihad Prihatin Malaysia bagi membantu Anak anak yatim & Asnaf serta OKU.

Tempahan Tiket Boleh Hubungi Cik TJ 017-3481950.
Jangan Lupa follow IG: @celebritysportsclubmalaysia untuk mengikuti perkembangan Artis Artis kesayangan anda bersukan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry