Entah di mana silapnya untuk usahawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri kerana hampir setiap apa yang dilakukannya pasti menjadi cemuhan netizen. Mungkin kerana sikapnya atau sebaliknya?
Pengarah Anggap Aliff Tidak Sesuai Jadi Pelakon
Malahan, terbaru filem Badan lakonan beliau turut menjadi mangsa kecaman netizen sehingga usahawan itu mengeluarkan perkataaan yang kedat. Mungkin kerana filemnya itu dikritik hebat membuatkannya gagal mengawal perasaan malah turut merayu kepada rakyat Malaysia untuk menghargai bakat lakonannya.
https://www.instagram.com/p/BfPBQe7n_W3/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Bukan sahaja netizen, malah pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut menyelar sikap Aliff yang tidak boleh menerima sebarang kritikan dan turut menasihati beliau untuk fokus pada perniagaannya sahaja.
Pelakon Turut Menyampah Dengan Aliff
Pendapat pengarah itu diutarakannya melalui akaun Facebooknya. Malah pendapatnya itu turut dipersetujui peminat dan beberapa pelakon popular seperti Arash Mohd dan Amyza Aznan yang makin menyampah dengan sikap usahawan itu yang terlalu menunjuk dan meraih publisiti.
Mungkin ada benarnya seperti diperkatakan oleh netizen, tidak semua perkara boleh dimiliki apatah lagi bakat. Dan terjun ke dunia lakonan dan nyanyian seperti trend buat usahawan kini. Apa pendapat anda? Adakah mereka benar – benar berbakat?
Sumber : Facebook Shahrulezad Mohameddin
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.