Mengharukan! Itulah yang kami boleh singkapkan mengenai sebuah video yang dirakamkan oleh pelakon Zarina Zainuddin, apabila salah seorang anak kembarnya yang dikenali sebagai Azal begitu teringin untuk ke majlis resepsi perkahwinan Fattah Amin dan Fazura minggu ini.
Minat Dengan Fazura
Seperti yang sedia maklum, kedua – dua anak kembar Zarina itu menghidapi Autism dan pengorbanan pelakon itu membesarkan anak-anaknya pernah menjadi perhatian netizen suatu ketika dahulu.
murai.my difahamkan Azal begitu meminati Fazura sejak dahulu lagi dan turut meluahkan perasan untuk melihat persandingan pelakon popular itu.
PA Fazura Dipuji
Melihatkan video itu yang begitu mengharukan, PA Fazura yang dikenali sebagai Dasha berasa terpanggil lalu menjemput Azal dan keluarganya untuk turut bersama di majlis perkahwinan pasangan popular itu.
Melihatkan sikap Dasha yang begitu rendah diri serta turut memberi maklum balas yang pantas membuatkan ramai pengguna di Instagram memuji Dasha sehingga ada yang menganggap beliau adalah PA yang terbaik di kalangan artis.
https://www.instagram.com/p/BfdReOzBNDm/?taken-by=zarinazainuddin_
Malah, Zarina turut mengucapkan terima kasih pada Dasha kerana sudi menjemput mereka ke majlis Fattah dan Fazura. Sudah pasti tiada apa yang menggembirakan hati si ibu untuk melihat anaknya gembira. Salute!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.