Adik kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Nursaerah sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Mohd Sharidan Johari pada hari ini. Majlis sederhana itu diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.
Saerah, 34 mengenali suaminya itu pada 2009, namun hubungan tersebut putus selepas dia berkahwin pada 2010. Bagaimanpun mereka bertemu semula dan menjalinkan hubungan lebih akrab pada 2016.
Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010. Bagaimanapun harapan untuk melihat rumah tangganya kekal sehingga akhir hayat musnah apabila pasangan itu bercerai empat tahun kemudian iaitu pada tarikh sama dia dinikahkan dengan bekas suaminya itu. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
murai.my mengucapkan TAHNIAH kepada pasangan ini, semoga berkekalan sehingga hujung nyawa, in shaa Allah. AMIN!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.