Buat anda yang masih lagi tidak tahu, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah pun membuka sebuah restoran di Damansara pada hujung tahun lalu dan diberi nama sebagai Rumah Makan Terlajak Laris.
Peralatan Perniagaan Restoran Dirampas
Semalam, menerusi laporan sebuah akhbar, khabarnya restoran milik Aliff ini telah diserbu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana dipercayai meletakkan meja yang menghalang laluan. Malah peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan dikatakan turut dirampas.
Mahu Buka Kedai Pajak Gadai
Dalam perkembangan lain, Aliff menerusi Facebooknya turut mengutarakan pendapat mengenai cara untuk membuka kedai pajak. Malah beliau turut sempat memerli akan peristiwa yang menimpa restoranya itu.
Bersabarlah Datuk! Orang yang berjaya akan sentiasa diuji dan disitulah kejayaaan bakal diukur. Apa pun, ada pembaca murai.my yang sudah ke Romah Makan Terlajak Laris? Bagaimanakah sambutannya? Kongsikan pada kami.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.