Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tiada Zuriat Adalah Punca Utama Deja Moss Bercerai

by Ayden Mikhael
April 8, 2018
Share on Facebook

Penyanyi bersuara lantang iaitu Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss mengakui reda dengan keputusan suaminya untuk bercerai. Suami Deja iaitu Azfendy Azzuddin Ahmad telah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada minggu lalu.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai. Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat. Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai faktor perceraian, Deja menjelaskan bahawa tidak mempunyai zuriat adalah antara punca utama penceraian mereka.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah… Yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh. Saya reda bercerai,” jelas Deja.

Tambah Deja, bagi mengelakkan terlalu memikirkan hal berkenaan, dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja amal selain menghambakan diri kepada Maha Pencipta.

Deja dan Fendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 lalu. murai.my difahamkan perkenalan antara pasangan ini berputik sejak mereka kecil dan mula serius selepas bertemu semula 14 tahun kemudian.

murai.my mendoakan Deja tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Sumber: Sinar Harian

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Deja Moss
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara