Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Aiman Tino Kini Bergelar Pengarah Urusan Di Usia 19 Tahun

by Khai Azfar
April 9, 2018
Share on Facebook

Hebat! Aiman Tino sememamgnya bertuah kerana sejak muncul dalam industri hiburan rezekinya tidak tumpah-tumpah malah ada sahaja tawaran yang diterimanya. Bukan sahaja kacak, malah suaranya yang lunak menjadikannya antara penyanyi remaja paling popular ketika ini.

Jadi Pengarah Urusan

Jika sebelum ini Aiman dikhabarkan telah menjadi pelakon dimana drama pertamanya menerusi Mak Cun 4 kini sudah ditayangkan, penyanyi ini juga khabarnya telah menggalas tanggungjawab besar sebagai pengarah urusan syarikatnya, Manno Resources Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak 19 Disember tahun lalu.

Percaya atau tidak, Aiman baru sahaja berumur 19 namun telah diberi kepercayaan untuk membangunkan syarikatnya itu. Walaupun masih muda namun ianya bukanlah satu penghalang buat Aiman kerana dia turut dibantu oleh ibu bapanya.

“Saya tahu usia saya masih muda tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya menggalas tanggungjawab tersebut kerana saya sentiasa ada keluarga terutama ibu bapa yang sentiasa ada dibelakang saya. Malah semua kaki tangan syarikat yang hampir 50 orang kesemuanya juga banyak membantu memandangkan ramai di antara mereka berpengalaman dalam bidang perniagaan”

Hasilkan Jus

Lebih membanggakan, Aiman turut melancarkan dua produk pertama syarikatnya iaitu Jus Manno dan Jus Manno Junior.

Bukan itu sahaja, pada masa akan datang penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci itu juga merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk termasuk fesyen, kecantikan, aksesori dan sebagainya.

“Buat tahun pertama ini keuntungan itu sudah jatuh nombor dua kerana paling penting sekarang kita perlu menguatkan nama syarikat serta produk Jus Manno dan Jus Manno Junior terlebih dahulu. Pelbagai perancangan telah diatur dan saya sangat teruja untuk melaksanakan semua yang telah dirancang,”

Tahniah Aiman! Rasanya sebelum ini pun sudah pelbagai pengiktirafan dan pencapaian yang diterima penyanyi ini. Semoga terus sukses!

Sumber  MStar Online 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aiman tinojus mannomanno
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Xventure Park Bakal Dibuka Di Pulau Pinang, Ini 5 Tarikan Yang Buat Anda Nak Cuba!

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dikenali sebagai Xventure Park, taman pengembaraan ini dibangunkan dengan pelaburan RM8 juta di The Waterfront Shoppes at The Light City....

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
LifeXplore

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun...

Read moreDetails
propertyguru kenji chai oyenji
LifeXplore

Cetus Kelainan, Kenji Chai x PropertyGuru Bantu Haiwan Terbiar Menerusi Oyenji

by Nurul A.
November 21, 2026

PropertyGuru Malaysia bekerjasama dengan artis tempatan, Kenji Chai menghasilkan Oyenji, koleksi Edisi Terhad ‘Kucing Pembawa Tuah' (Lucky Cat) yang diinspirasikan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenali Dr Allan Ravi & Apa Sebenarnya Berlaku Ketika Penyambungan Tangan Lans Koperal Theirry Rodger

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Kepentingan kepakaran dalam pembedahan tangan dan mikrosurgeri turut mengingatkan kita kepada insiden membabitkan seorang anggota polis yang pernah dilaporkan media...

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
yobe crafted foodpanda 1 utama
Selera

Boleh Pesan Di foodpanda, Yobe Crafted Buka Cawangan Ke-7 Di 1 Utama!

by Nurul A.
November 22, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia meraikan pelancaran rasminya di foodpanda, serentak dengan pembukaan cawangan ketujuh Yobe Crafted di Pusat Beli-belah 1...

Read moreDetails
Debonairs Pizza
LifeXplore

Steers Drive-Thru Pertama Di Malaysia & Debonairs Pizza Kini Di PETRONAS Mutiara Damansara!

by Nurul A.
October 29, 2026

Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MESRA) mengumumkan pembukaan cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia dan sebuah restoran Debonairs...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara