Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kenapa ZEISS Jadi Tarikan Utama vivo V80? Ini 5 Keistimewaan Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
November 19, 2026
Share on Facebook

Dalam dunia telefon pintar, kamera 50MP bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Hampir setiap jenama berlumba-lumba menawarkan angka megapiksel tinggi. Tetapi, bagaimana pula jika teknologi fotografi profesional turut dibawa ke dalam telefon pintar?

Itulah antara tarikan utama vivo V80 yang hadir dengan kerjasama ZEISS, jenama optik dari Jerman yang cukup terkenal dalam dunia fotografi. Menariknya, bukan sekadar meletakkan logo ZEISS pada modul kamera, vivo turut menawarkan beberapa teknologi potret yang boleh membuatkan gambar harian nampak lebih artistik.

ZEISS 50MP Super Telephoto, Potret Lebih Menawan

vivo V80 dilengkapi kamera Super Telefoto ZEISS 50MP dengan zum optik 3x dan zum digital sehingga 100x. Ia menggunakan sensor Sony IMX882 serta sokongan Optical Image Stabilisation (OIS) bagi membantu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar.

Lebih menarik, kamera ini menawarkan dua gaya potret iaitu ZEISS 100mm Center-Stage Portrait dan 85mm Portrait. Mod 100mm menghasilkan kesan latar belakang kabur (bokeh) yang lembut, manakala 85mm memberikan ruang komposisi lebih luas dengan sentuhan sinematik.

vivo V80

Apa Istimewanya Teknologi ZEISS?

Menurut penerangan ZEISS menerusi laman rasminya, kepakaran mereka dalam bidang optik membantu menghasilkan imej lebih tajam, mengawal herotan serta memberikan karakter bokeh tersendiri.

Malah, teknologi bokeh yang diinspirasikan daripada lensa klasik ZEISS turut direplikasi menggunakan teknik pengimejan komputasi dalam telefon pintar. Jadi, kesan gambar bukan sekadar kabur di belakang subjek, tetapi mempunyai karakter visual tersendiri.

vivo V80

Selfie Pun Tak Ketinggalan

Kamera hadapan ZEISS 50MP dengan sudut lebar dan autofokus memudahkan rakaman selfie berkumpulan. Tak perlu lagi berebut mencari orang paling panjang tangan untuk mengambil gambar!

Video 4K Untuk Content Creator

Kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman 4K pada 60fps. Ini pastinya menarik untuk mereka yang aktif menghasilkan vlog, video perjalanan atau kandungan media sosial.

Harga Bermula RM2,399

Selain teknologi ZEISS, vivo V80 turut menawarkan bateri BlueVolt 7,200mAh, pengecasan pantas 90W dan skrin 144Hz. Ia kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga bermula RM2,399.

Bagi mereka yang mengutamakan fotografi potret, vivo V80 nampaknya mempunyai sesuatu yang menarik untuk diterokai. Cuma, secanggih mana pun kamera, angle dan kreativiti orang di belakang telefon tetap memainkan peranan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
vivo V80ZEISS
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.” Begitulah luahan seorang pengguna Threads...

Read moreDetails
HABIB
LifeXplore

Hanya 500 Unit, Lazada x HABIB Perkenal Jongkong Emas 1g Eksklusif

by Nurul A.
October 27, 2026

Buat pertama kalinya, Lazada Malaysia bekerjasama dengan HABIB dalam menghasilkan jongkong emas eksklusif seberat satu gram. Terhad kepada 500 unit,...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
MICHELIN Guide, MICHELIN Key 2026
LifeXplore

10 Hotel Di Malaysia Antara Hotel Tersenarai Dalam MICHELIN Key 2026!

by Nurul A.
September 21, 2026

MICHELIN Guide mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform rasminya (SEMAK SINI). Pelancong boleh meneroka senarai...

Read moreDetails
LifeXplore

Ingatkan Cermin Mata Biasa, Rupanya Ada AI! Ini 5 Ciri Samsung Intelligent Eyewear Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Selama ini, cermin mata mungkin sekadar aksesori untuk melengkapkan penampilan atau membantu penglihatan. Tetapi Samsung mahu mengubah perspektif itu menerusi...

Read moreDetails
Suria KLCC
LifeXplore

Warna-Warni Deepavali, Suria KLCC Group Meriahkan 3 Pusat Beli-Belah

by Nurul A.
October 30, 2026

Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali ini. Nantikan kemeriahan sambutan di...

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
Foto - LAC Community x FemFamm
Kesihatan

Pink October: LAC Community x FemFamm Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

by Nurul A.
October 28, 2026

Menurut kajian kebangsaan yang diterbitkan dalam BMC Public Health pada tahun 2023, 7 daripada 10 wanita Malaysia berusia 40 tahun...

Read moreDetails
Deepavali
LifeXplore

“Deepavali In Bloom” Warnai Pavilion Damansara Heights

by Nurul A.
November 3, 2026

Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Pavilion Damansara Heights meraikan keindahan warisan masyarakat India menerusi instalasi bunga dan kolam yang memukau,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara