Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Merchantrade Dan Tourism Malaysia Berganding Bahu, Pelancong Asing Kini Boleh Guna Kad Prabayar Khas!

by Phic ARMAN
November 20, 2026
Share on Facebook

Pelancong asing yang datang ke Malaysia bakal menikmati pengalaman membeli-belah dan melancong dengan lebih mudah menerusi pengenalan kad prabayar khas hasil kerjasama Tourism Malaysia dan Merchantrade Asia Sdn Bhd.

Dikenali sebagai Merchantrade Money Visit Malaysia Visa Prepaid Card, kad ini dilengkapi e-wallet pelbagai mata wang bagi memudahkan pelawat antarabangsa membuat pembayaran tanpa tunai sepanjang berada di Malaysia.

Inisiatif ini diperkenalkan menjelang kempen Visit Malaysia 2026–2027 bagi menggalakkan penggunaan pembayaran digital selain menghubungkan pelancong dengan peniaga tempatan.

Kerjasama tersebut dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang diwakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Amirul Rizal Abdul Rahim, manakala Merchantrade diwakili pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Ramasamy K Veeran.

Kad Merchantrade Money Boleh Guna DuitNow QR

Merchantrade Dan Tourism Malaysia Berganding Bahu
Kredit Foto: NSTP

Menariknya, kad ini bukan sekadar memudahkan pembayaran di pusat beli-belah atau hotel malah pengguna juga boleh membuat transaksi melalui rangkaian Visa dan DuitNow QR di hotel, pasar tempatan serta gerai makanan.

Lebih menarik, Merchantrade akan memulakan pengedaran sebanyak 10,000 kad dan pengguna boleh menikmati kemudahan e-wallet dengan had sehingga RM30,000.

Kad ini turut membolehkan pengeluaran wang tunai di mesin ATM yang menyokong Visa serta menawarkan diskaun di premis rakan niaga termasuk hotel, pusat beli-belah, restoran dan tarikan pelancongan.

Malaysia Terima 32.3 Juta Pelawat Antarabangsa

Menurut Ramasamy, sektor pelancongan merupakan antara pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Justeru, kemudahan pembayaran digital ini diharap dapat menghubungkan pelawat antarabangsa dengan lebih banyak perniagaan tempatan.

Topik Berkaitan Kolaborasi Tourism Malaysia & AEON Mall Beri Impak Besar, Lebih Meriah!

Malaysia merekodkan 32.3 juta ketibaan pelawat antarabangsa dari Januari hingga September tahun ini, meningkat 2.4 peratus berbanding 31.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata kerjasama sektor awam dan swasta seperti ini penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Nampaknya, usaha menarik pelancong bukan sekadar memperkenalkan tempat menarik dan makanan sedap. Kemudahan pembayaran pun perlu dipermudahkan. Kalau pelancong senang berbelanja, peniaga tempatan juga berpeluang menikmati manfaatnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Merchantrade Asia Sdn Bhd.tourism malaysia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik,...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
CelcomDigi
LifeXplore

Kekal Berhubung Sepanjang Perjalanan Umrah Dengan Pas CelcomDigi

by Nurul A.
November 4, 2026

Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah kini boleh menikmati pengalaman keterhubungan lancar dengan Pas Perantauan Umrah (Umrah Roaming...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
LifeXplore

Urbanscapes 2026 Kembali Selepas 7 Tahun, Ini 5 Perkara Menarik Yang Anda Tak Patut Terlepas!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas tujuh tahun menyepi, Urbanscapes akhirnya kembali menghidupkan Kuala Lumpur dari 31 Oktober hingga 15 November 2026. Menariknya, kali ini...

Read moreDetails
Bayi perempuan
IbuBapa

Teringin Nak Timang Bayi Perempuan? Pakar Perubatan Am Kongsi Tip

by Nurul A.
November 15, 2026

Mungkin ada pasangan suami isteri, mereka tak kisah nak dapat bayi perempuan atau lelaki dan menerima rezeki tersebut dengan hati...

Read moreDetails
LifeXplore

Dikir Barat Rentas Generasi, Lebih 10 Tokoh & Penggiat Seni Bergabung 7 November Ini!

by Nurul A.
October 29, 2026

Daripada alunan suara tukang karut dan tok juara, disusuli tepukan berirama yang menjadi identiti seni masyarakat Pantai Timur, Dikir Barat...

Read moreDetails
LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
IKEA Malaysia
LifeXplore

YXSTABY, Konsep ‘Gaming’ Menarik Dari IKEA x XBOX

by Nurul A.
November 12, 2026

‘Player two’ mungkin adik-beradik yang sedang menunggu giliran untuk bermain, atau ibu bapa yang tidak faham apa yang sedang berlaku...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara