Perbuatan merakam video yang dianggap privasi hendaklah tidak disebarkan kepada umum kerana khuatir akan dimanipulasi dan menjadi satu bahan ke arah lebih negatif. Lagi-lagi zaman sekarang, video seumpama ini mudah untuk tular di media sosial.
Begitulah yang terjadi kepada barisan model wanita cantik ini apabila terlalu seronok tatkala aksi mereka dirakam menari ikut rentak di belakang pentas.
Saat mereka menari, wanita-wanita ini mengenakan pakaian baju kurung sebelum mereka memperagakan koleksi pakaian jenama Muslimah ke pentas utama. Agak membimbangkan, dalam video itu terlihat mereka menari sedikit ghairah sambil menghayunkan badan dan tangan ikut rentak muzik. Manakan tidak, kalau Makcik Bawang tengok, habis kena kecam!
Mungkin ia tidaklah menjadi isu bagi segelintir masyarakat di Malaysia. Tapi budaya orang Malaysia yang terkenal dengan sopan santun sukar untuk menerima wanita-wanita yang berpakaian ketat, menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan seperti ini, lagi-lagi ia tidak sepatutnya disebarkan untuk tatapan umat Islam. Tapi nak buat macam mana, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi!
Menurut sumber yang kami percayai, difahamkan hal ini terjadi ketika pertunjukkan fesyen istimewa buat wanita sempena Aidilfitri dengan melancarkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018.
Siapalah kita nak menjatuhkan hukum untuk mereka, jelas kelihatan mereka sekadar bergembira untuk menghilang rasa gementar di atas pentas. Bersangka baik sebelum ia menjadi fitnah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.