Tindakan pelakon Fathia Latiff yang mengerjakan solat di dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen menjadi kecaman dan kritikan daripada netizen.
Justeru, pendakwah yang terkenal di media sosial, Da’i Wan Dazrin telah tampil memberikan penjelasan mengenai situasi tersebut serta merungkai persoalan yang menjadi kekeliruan dalam kalangan netizen.
Menurut Dazrin, dia mempersoalkan adakah adakah Fathia melakukan solat ini dalam keadaan yang ‘Tamam’ (Sempurna) dan diterima daripada sudut pandang hukum ‘Fekah’?
Tambah Dazrin, dia tak nafikan banyak hadith Nabi yang sahih, yang terhimpun, menceritakan bagaiman Nabi solat diatas tunggangan. Jadi kini, solat dalam kenderaan atau dalam pesawat sifatnya sama seperti yang Nabi lakukan juga, cuma kita dengan tunggangan yang lebih moden.
Tak Boleh Solat Duduk Kalau Mampu Untuk Berdiri
Menurut Dazrin, pendapat Mazhab Shafie, apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dangan duduk selama sanggup berdiri. Begitu juga dalam keadaan di darat.
Fathia Perlu Prihatin Jadual Solat
Dazrin mohon umat Islam ambil pengajaran dari isu sebegini dan menasihati umat Islam supaya prihatin tentang jadual waktu solat & perjalanan.
Ikhtiar Terlebih Dahulu
Katanya lagi, dalam urusan duniawi pun manusia harus ikhtiar terlebih dahulu kemudian baru boleh berserah pada Allah.
Apa-apa pun, kami di murai.my mengucapkan terima kasih atas perkongsian ini. Ya benar Islam itu mudah. Namun kita tak boleh ambil mudah. Sama-sama kita ambil pengajaran.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.