Penyanyi veteran Datuk Zainal Abidin telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) semalam. Ketika kemalangan Zainal dan isterinya dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MPV menghentam keretanya dari belakang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh isteri Zainal, kejadian itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak dan dilihat pihak polis turut berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.
https://www.instagram.com/p/BivlbxFnJ04/?taken-by=angelzainal
Menurut laporan dari Utusan Online, Kenderaan yang dinaiki Zainal, Range Rover turut mengalami kerosakkan di bahagian belakang akibat dilanggar oleh kenderaan dari belakang.
“Ketika kejadian saya sudah nampak kereta di belakang datang dengan laju kerana kereta di depan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.”
Walaubagaimanapun, Zainal dan isterinya kini berada dalam keadaan selamat dan baik. Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun impak langgar yang agak kuat.
Sumber Utusan
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.