Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Filem Pendek ‘Setitis Cahaya di Pagi Raya’, Dirakam Penuh Guna iPhone X

by Phic ARMAN
June 15, 2018
Share on Facebook

Edmund Yeo & Warner Music Malaysia mempersembahkan ‘Setitis Cahaya di Pagi Raya’ sebuah filem pendek yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone X sempena Hari Raya Aidilfitri.

Filem pendek istimewa sempena Hari Raya yang berjudul ‘Setitis Cahaya di Pagi Raya’ arahan Edmund Yeo yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone X yang turut menampilkan bintang terkenal Malaysia seperti Faizal Tahir dan Aziz Harun. Ini merupakan kali pertama pembikin filem di Malaysia merakam filem menggunakan iPhone X.

Filem ini memaparkan makna Aidilfitri dalam penceritaan yang sayu, dilihat dari kacamata sebuah keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar Malaysia, dan menampilkan syot hari-hari menjelang Hari Raya. Sentuhan dan gaya penceritaan yang jujur dari sudut pandangnya, Edmund Yeo berjaya memaparkan suatu kisah yang menyentuh hati tentang suatu dunia yang dekat tetapi jauh – suatu komuniti yang tersisih jauh dari kesibukan kota, namun ianya dekat dengan jiwa rakyat Malaysia – semuanya dalam tempoh 8 minit.

“Saya membuat filem pendek ini agar saya dapat menceritakan keperitan mereka dan juga untuk ketabahan dan kemurahan hati mereka. Hari raya merupakan hari yang penuh kebahagiaan dan kegembiraan dan saya benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk keluarga ini, saya terhutang budi kepada mereka kerana mereka banyak membantu dalam karier perfileman saya.”

Bagi Faizal Tahir, dia tidak perlu mengembara lebih jauh untuk menyumbang bakti dan tidak perlu menggunakan banyak tenaga dan duit untuk membuat orang lain gembira.

“Lawatan kami ke rumah kecil dan usang bersebelahan dengan sungai di Tanjung Karang, Kuala Selangor merupakan suatu pengalaman yang dapat membuka mata dan mengubah hidup kami. Ia memperkukuhkan lagi rasa terima kasih dan syukur saya terhadap kehidupan.”

Peminat boleh mengakses video tersebut di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan semua pelantar media social Warner Music Malaysia.

[VIDEO] Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad Bersama Aziz Harun!
aziz harunfaizal tahirwarner music
https://lomp.at/f2921
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem