Minggu lalu, tular di media sosial mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang menunjukkan dia ditendang dan dikasari oleh seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya. Lebih mengejutkan, wanita tersebut merupakan seorang pelakon terkenal, Balkisyh Semundur Khan atau lebih dikenali Balkisyh.
Netizen Simpati Dengan Anak-Anak
Menerusi laman Facebook nya, bekas suami pelakon Mak Cun yang dikenali sebagai Aizad Rosli mahu netizen untuk menilai sendiri sikap Balkisyh yang didakwanya enggan membenarkan Aizad bertemu anak-anaknya.
Malah dalam video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu turut kelihatan Aizad yang tampil bersama sepucuk surat dimana menurutnya adalah perintah daripada mahkamah. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut menzahirkan rasa simpati setelah melihat anak-anaknya menangis dek kerana terkejut melihat pergelutan diantara ibu bapanya.
Balkisyh Tampil Pertahankan Diri
Dalam perkembangan lain menerusi Instagram nya, pelakon itu tampil menjelaskan perkara yang sebenar setelah dikecam hebat netize dek kerana video yang tular itu. Menurut Balkisyh, dia mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu kerana enggan menunjukkan video situasi sebenar yang terjadi ketika itu.
Malah tambah Balkisyh, Aizah juga sering kali menjatuhkan imej di laman sosial dengan memuat naik beberapa status hinaan dan perlian mengenai dirinya.
Balkisyh turut memohon kepada semua agar tidak menilai dirinya dengan hanya mendengar pada sebelah pihak selain meminta mereka mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.