Terkesan dengan kecaman dan penghinaan yang dilemparkan oleh netizen, pelakon Faezah Elai telah mengambil keputusan memohon maaf kepada wanita yang menjadi penerima trofi mewakili pelakon Fazura pada Anugerah Telenovela 2018, minggu lalu.
Dipetik dari laporan Harian Metro, Faezah memberitahu wanita itu tidak memberikan sebarang jawapan selepas permohonan maaf disampaikan secara peribadi di Instagram.
“Saya sudah membuat perkara sepatutnya dan terpulang sejauh mana penerimaan wanita terbabit dan individu tertentu” katanya kepada Harian Metro.
Faezah berkata dia kecewa dan ia seolah-olah seperti mencurah minyak ke api kerana isu ini diperbesarkan oleh sesetengah pihak yang tidak berada di majlis itu sehingga mencetuskan pergaduhan dikalangan netizen di ruangan komen.
Beri Peringatan
Faezah memberi peringatan kepada netizen yang terus mengata dan menghina supaya hentikan perbuatan terkutuk itu daripada menanggung dosa.
“Sekarang ini, kalau netizen mahu terus mengata dan menghina saya pula, silakan tanggung dosa.”
Menurut tinjauan kami di Instagram, Faezah menutup ruangan komen pada video yang dimuat naik kerana tidak mahu peminat saling bergaduh.
Sumber Harian Metro
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.