Gara-gara memuat naik gambar dengan kapsyen yang mempunyai isi tersurat di akaun Instagramnya ketika gosip Elfira Loy sudah mempunyai kekasih baru hangat diperkatakan, ramai netizen yang salah sangka bahawa penyanyi Sufian Suhaimi kecewa dan sedih apabila bekas tunangnya itu sudah bertemu pengganti.
“Learning to walk away is hard, but staying to suffer is harder.”
Walaubagaimanapun, Sufian menjelaskan apa yang beliau muat naik itu sekadar ‘quote’ motivasi sesuai dengan gambarnya itu. Menurut Sufian, apa sahaja yang berlaku kepada Elfira sedikit pun tidak memberikan kesan kepada beliau.
“Kapsyen itu saya sesuaikan dengan gambar saya sedang berjalan. Ia juga hanyalah ‘quote’ yang saya anggap ada nilai motivasi. Kami pun dah ada kehidupan masing-masing. Jadi, apa yang dia lakukan tak berikan kesan kepada kehidupan saya dan begitu juga sebaliknya.” katanya kepada Harian Metro.
Sufian yang sudah melupakan kisah cinta yang tidak menjadi itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Sufian juga meminta agar peminat dan netizen turut melakukan perkara yang sama. Berhentilah mengaitkan dirinya dengan Elfira ataupun apa sahaja kisah mereka sebelum ini.
murai.my berharap agar netizen terus memberi semangat kepada Sufian dan bukannya membuat spekulasi yang tidak benar. Selebriti pun ada hati dan perasaan, cuba kalau pembaca murai.my kena apa yang Sufian rasa, apa respon anda semua?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.