31 Ogos yang lalu, Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 61. Pelbagai aktviti dan slot telah dijalankan bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan bagi dari segi pengetahuan mahupun hiburan.
Ben Ladin Tidak Tahu Sejarah Negara?
Baru-baru ini pula, tular sebuah video yang dimuatnaik oleh sebuah portal dimana dalam rakaman tersebut kelihatan penyanyi remaja, Ben Ladin sedang ditemuramah mengenai sejarah negara. Menerusi video itu, Ben Ladin atau lebih mesra disapa sebagai Ben telah gagal menjawab beberapa soalan dengan betul sekaligus mencetuskan isu dikalangan netizen.
TV3 tunjuk td bangla pun tau rukun negara. Ni bajet2 artis apa pun tak tahu asas pasal Malaysia. Malu!
Bunga kebangsaan ❌
Bucu bintang ❌ – 13 bucu dia jwb ingt Johor dh tak ada ke dik?
PM ke-3❌
Kereta nasional pertama ✅
Rukun Negara ❌ pic.twitter.com/R9Hg6cgH2v
— sembang🖐🏼 (@sembangggg) September 1, 2018
Teruk Dikecam, Ben Mohon Maaf
Melihatkan pada kegagalan penyanyi itu menjawab soalan dengan betul termasuklah mengenai Rukun Negara, Ben teruk dikecam di media sosial termasuklah di ruangan komen Instagram nya.
Walaubagaimanapun Ben memohon maaf atas jawapannya itu menerusi posting terbarunya di Instagram.
https://www.instagram.com/p/BnN6QYRDLQt/
Rata-rata netizen menganggap pelantun Hikayat Ben Ladin itu seperti tidak mengenal erti sejarah negara malah turut menyifatkan kejadian itu seperti sesuatu yang memalukan imejnya sebagai seorang penyanyi. Bagaimana pula dengan anda? Masih ingat dan berpegang teguh pada prinsip rukun negara?
Video: F8 Buzz
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.