Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Paskal The Movie Setanding Filem Antarabangsa!

by Khai Azfar
September 19, 2018
Share on Facebook

Semalam telah berlangsungnya Malam Gala Tayangan Perdana filem aksi ketenteraan Paskal The Movie dan murai.my berkesempatan untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini sebelum ditayangkan serentak di seluruh pawagam bermula 27 September ini. Menariknya lagi filem ini akan ditayangkan lebih dari 130 pawagam dan akan turut ditayangkan di Turki, Singapura dan Brunei.

Setanding Filem Antarabangsa

Tolak ketepi segala kontroversi yang melanda, kami cuba positifkan fikiran untuk menonton filem ini tanpa membandingkan Paskal dengan mana-mana filem aksi tempatan.

Apa yang boleh kami katakan setelah menonton filem ini, adalah satu kerugian buat anda jika melepaskan peluang untuk menonton Paskal kerana filem ini penuh dengan aksi dan boleh dikatakan hanya 10% sahaja yang melibatkan babak ‘drama’. Tidak keterlaluan jika kami katakan Paskal The Movie setanding dengan filem antarabangsa yang lain. Babak cemas, sedih dan aksi berjaya digarap dengan baik.

Papar Situasi Sebenar

Malah pujian juga harus diberikan buat semua pelakon yang berjaya menjiwai watak sebagai seorang anggota pasukan Paskal sekaligus memperlihatkan pengorbanan sebenar Paskal yang tidak diketahui ramai. Tidak hairanlah kesemua mereka bertungkus lumus mempromosikan filem ini kerana hasilnya begitu menarik sekali. Walaupun begitu, beberapa kesan suntingan CGI mungkin boleh diperkemaskan sedikit lagi bagi menampakkan jalan ceritanya berlangsung dengan baik.

Sinopsis Paskal The Movie

Paskal The Movie mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmine Suraya Chin.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
paskal the moviereview filem paskalsinopsis paskal the movie
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara