Thursday, June 8, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home HotList

Panas! Ini 5 Isu Yang Anda Patut Tahu Disebalik APM 2018

by Khai Azfar
October 1, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini telah berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2018 (APM), sebuah anugerah yang mengiktiraf penyanyi-penyanyi dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

5 Isu Panas APM 2018

Namun begitu, disebalik kemeriahan APM yang berlangsung, terdapat beberapa isu panas yang hangat diperkatakan. murai.my rangkumkan antara 5 isu panas tersebut!

APM 2018 Dianggap Sebagai Paling Hambar

Sebaik sahaja tirainya dibuka, rata-rata mereka yang menonton APM 2018, menyifatkan penganjurannya pada tahun ini adalah paling hambar. Malah ada juga yang hanya menonton APM kali ini sekadar menantikan beberapa persembahan penyanyi kegemaran mereka. Benarkah hambar?

Kemenangan Ayda Jebat Dipertikaikan

Ayda Jebat membuat kejutan dengan muncul sebagai Lagu Terbaik (Malaysia) menerusi single Mata. Melihatkan pada kemenangannya itu, ramai yang mempertikaikannya dan tidak cukup dengan itu turut menyelar tindakannya yang menganggap single Mata tidak diterima baik oleh peminat tanah air.

Peminat Mahukan Alif Satar Dan Sherry Al-Hadad Sebagai Pengacara

Impak dan keserasian Alif Satar dan Sherry Al-Hadad masih hangat diperkatakan. Malah sehinggakan pada APM kali ini, peminat turut mahukan kedua-dua mereka mengacarakan acara berprestij ini. APM 2018 dihoskan oleh Fiza O (Singapura), Daniel Mananta (Indonesia) dan Nabil Ahmad (Malaysia).

Persembahan Dato Sri Siti Nurhaliza & Judika ‘Selamatkan’ APM 2018

https://youtu.be/IzExerhpSpQ

Seperti yang kami jelaskan, rata-rata peminat juga hanya mahu melihat gandingan penyanyi hebat dua negara, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Judika menerusi lagu duet mereka, Kisah Ku Inginkan. Malah ramai yang bersetuju hanya persembahan mereka yang menarik pada malam itu. Tidak hairanlah jika mereka memenangi anugerah Kolaborasi Terbaik (Artis). Tahniah diucapkan!

Terkejut Dengan Kekalahan Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Raisa

View this post on Instagram

A post shared by #ILSOGNO (@isyanasarasvati)

Selain Ayda Jebat, sesuatu yang mengejutkan juga dilihat menerusi Anugerah Artis Terbaik Wanita yang disandang oleh Isyana Sarasvati. Ramai yang menjangkakan calon lain yang akan menang dan sudah ‘bersedia’ untuk bersorak atas bakal kemenangan penyanyi kesayangan mereka. Calon-calon lain bagi kategori itu termasuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Raisa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Alif Satar dan Sherry Al-Hadadapm 2018ayda jebatdatuk seri siti nurhaliza
Share2Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

PU Syed Disoal Netizen Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

by Naddy Joe
May 24, 2023
Uncategorized

Tidak Berlagak Atau Sombong Untuk Memuji, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kagum Vokal Ernie Zakri Terlalu Mantap!

by Puteri Alia
May 18, 2023
Lokal

Tak ‘Backup’ Adik Jadi Penyondol, Ayda Jebat Minta Soalan Cerai-Berai Diajukan Kepada Tuan Badan Sendiri

by Puteri Alia
May 18, 2023
Lokal

“Rahsia” Artis Kesayangan Malaysia, Ini 5 Isu Kontroversi Di Sebalik Imej Bersih Datuk Seri Siti Nurhaliza

by Puteri Alia
May 12, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan