Jika anda fikirkan kasut paling mahal adalah milik Debbie Wingham ternyata anda salah kerana rekod tersebut telah dipecahkan oleh sebuah jenama di Arab baru-baru ini yang dinobatkan sebagai kasut paling mahal di dunia.
Berharga Lebih Dari RM70 Juta
Dikenali sebagai The Passion Diamond Shoes, kasut ini bernilai lebih dari RM70 juta dan hanya dibuat berdasarkan tempahan! Kasut ini telah dibuat oleh Jada Dubai hasil kerjasama Passion Jewellers dan perasmiannya bukan di calang-calang tempat, kerana ianya akan diadakan di satu-satunya hotel bertaraf 7 Bintang di dunia, Burj Al Arab.
Mengambil Masa 9 Bulan Untuk Dihasilkan
Tertanya apakah yang menyebabkan ianya begitu mahal? Diperbuat dari berlian dan emas asli, kasut ini menampilkan ratusan berlian dan dua berlian D yang sempurna, masing-masing bersaiz 15 karat.
Setiap rekaan begitu teliti sehingga logo kedua-dua perusahaan dibuat dari emas, yang sangat tipis sehingga si pemakai akan berasa sangat nyaman dan selesa untuk berjalan. Malah penghasilannya yang mengambil masa selama 9 bulan ini antara faktor mengapa ianya begitu mahal.
Persoalannnya disini, adakah akan ada mereka yang sanggup memakai kasut berharga RM70 juta dikhayalak ramai?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.