Bukan sahaja trending di negara asalnya, Thailand malah di Malaysia juga lagu ‘Khang Se Ai Nae‘ (Call my name just one time) nyanyian Sittichai Vibhavadee dan Pennapa Naebchid mendapat perhatian peminat di Malaysia.
Papar Adegan Malam Pertama
Namun begitu, video muzik lagu ini dikecam hebat terutama di Thailand gara-gara memaparkan adegan malam pertama serta diikuti runut bunyi yang kedengaran agak lucah. Video klip dan lagu ini mengisahkan mengenai hubungan lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan cinta. Namun, hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana wanita ini terpaksa berkahwin dengan lelaki lain.
https://youtu.be/nHZxlsfK_Nk
Tukar Video Muzik
Dek kerana kecaman tersebut serta turut malu dengan lagu tersebut, penyanyi itu tampil memohon maaf secara terbuka malah turut menggubah adegan di dalam video muzik itu dengan yang lebih sopan.
https://youtu.be/wJi8t8lylrQ
Terdahulu, kedua-dua penyanyi ini sedar akan ‘risiko’ lagi ini sekiranya dipersembahkan di khalayak ramai apatah lagi adegan dan ‘bunyi’ yang tidak sepatutnya merupakan tunjang utama lagu ini. Kalau di Malaysia kami percaya sudah pasti tidak dapat dimainkan apatah lagi dipersembahkan pada penonton.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.