Ramai mempersoal tindakan penyanyi Irfan Haris yang sedang bercuti di Australia ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung baru-baru ini.
Seperti yang dilaprkan oleh Harian Metro, penyanyi itu menjelaskan yang beliau untuk tidak mengambil peperiksaan SPM malah memilih untuk mengikuti peperiksaan Cambridge IGCSE di Sekolah Antarabangsa Tenby Setia Eco Gardens, Johor Bahru, bulan lalu.
“Peperiksaan saya berlangsung pada 22 Oktober hingga 13 November lalu. Ia juga peperiksaan besar sama macam SPM. Saya ambil 10 mata pelajaran. Cuma, kurikulum pembelajaran dari United Kingdom.
“Ketika pergi bercuti, ramai tanya kenapa saya tak ambil SPM. Sedangkan sebelum ini saya pernah cakap yang mana saya tidak bersekolah di sekolah kerajaan. Apabila masih ada yang keliru, saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.
Apa-apa pun, kami di murai.my mengharapkan penjelasan dari Irfan ini dapat mengelakkan salah faham di kalangan peminatnya dan tidak timbul lagi persepsi negatif. Dikhabarkan keputusan peperiksaan tersebut dijangka diumumkan awal tahun depan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.