Sejak selamat melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dilaporkan terbang ke Tianjin, China bersama tunang tersayang, Faris Khairol Anuar.
Menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 24 tahun ini bukan hanya terbang berdua malah turut membawa bersama rakan pengapitnya (bridesmaid) dan ‘dulang boy’ suaminya ke sana.
“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !” tulisnya Elfira Loy di Instagram beliau.
Rata-rata pengikut di Instagram memuji pasangan ini yang dilihat cukup ‘sweet’ dan tidak sabar melihat Elfira berkahwin. Elfira dan Faris dijangka bernikah pada pada 1 Januari 2019.
murai.my ingin mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan menjelang hari bahagia yang akan tiba tidak lama lagi. Semoga berkekalan hingga ke Jannah, in shaa Allah, aamiin!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.