Pemain Tenis Terkenal, Andy Murray telahpun selamat menjalani pembedahan pelapisan semula pada bahagian pinggul di London yang disahkan sendiri bintang tenis Britain itu kepada pengikutnya dalam Instagram, hari ini.
Pemenang dua kali Wimbledon itu, sebelum ini terpaksa menimbangkan baik dan buruk pembedahan tersebut, yang mana ia turut membabitkan proses meletakkan kepingan logam di pinggulnya, dalam usaha menyelamatkan karier Murray yang kerap dibelenggu kecederaan.
Seperti yang dilaporkan oleh Sportbible, Murray berkongsi gambar X-Ray yang di ambil di kawasan pinggulnya. Namun apa yang menjadi perhatian netizen, mereka telah melihat dengan cepat bahawa bayangan pada X-Ray menunjukkan bentuk alat kelaminnya.
Gambar ini turut menjadi bahan jenaka di media sosial di kalangan netizen.
Besar kemungkinan Andy sendiri tidak perasan imej alat sulitnya turut terpapar dalam imbasan berkenaan.
Pembedahan, semalam, merupakan yang kedua dijalani Murray selepas kali pertama berbuat demikian 12 bulan lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.