Jutawan berasal dari Australia yang bernama Matthew Lepre mencari seorang pembantu peribadi untuk menguruskan segala keperluannya untuk mengembara mengelilingi dunia.

Di usianya yang masih muda, iaitu 26 tahun, Matthew Lepre merupakan seorang usahawan muda di bidang e-commerce yang berjaya. Dengan kejayaannya itu, Matthew Lepre ingin berkongsi rezekinya dengan membuka peluang pekerjaan yang menjadi dambaan ramai orang lagi-lagi di kalangan wanita.

IKLAN

Dia menawarkan gaji yang cukup tinggi iaitu, US$52 ribu atau setara RM 214 ribu juta setahun. Ini bermakna dengan bayaran sebulan sebanyak RM18 ribu, hanya untuk menguruskan keperluan bercuti keliling dunia serta membantu menjalankan perniagaan dan promosi.

“Gaji ini berdasarkan kepada pengalaman orang tersebut dengan tambahan biaya perjalanan dan penginapan serta insuran kesihatan pun dibayar olehnya secara berasingan,” kata Matthew Lepre kepada Daily Mail.

Tertarik dengan pekerjaan bergaji menggiurkan ini? Ini fakta menarik tentang Matthew Lepre dan kriteria yang ditetapkan oleh si jutawan ini:

Lepre membina perniagaan  e-commerce Warrior Academy ketika dia berusia 23 tahun setelah dia keluar dari fakulti kedoktoran gigi.

Pada laman matthewlepre.com disebutkan jika lelaki berusia 26 tahun ini sedang menjalankan dua perniagaan multi-digit dari rumah. Lepre adalah ahli perniagaan yang kini hanya memantau pergerakan bursa saham dari dalam rumah.

Pada laman yang sama, Lepre menyebut, e-commerce merupakan perniagaan paling sederhana menuju kebebasan kewangan. Pada laman tersebut juga disediakan beberapa konsultansi perniagaan baik dari yang baru mula mahupun untuk memperbaiki permasalahan perniagaan yang sudah beroperasi

Lepre menjadi viral kerana jawatan kosong yang ditawarkan untuk pembantu peribadinya. Lepre hanya menginginkan pembantu  yang boleh menguruskan, dan boleh menjaga keseimbangan perniagaan yang dia jalani.

IKLAN

Bukan hanya hotel, tiket perjalanan, dan juga gaji bulanan, Lepre juga akan menyediakan insuran khas buat pembantu peribadinya

Sebelum anda mahu mencuba peluang itu, Matthew Lepre memiliki kriteria tersendiri iaitu faham dengan sosial media, memiliki pengurusan yang baik dan mampu menyiapkan segala keperluan sebelum perjalanan yang dia lakukan.

Selain itu, Lepre berharap jika pembantu peribadinya yang akan dia pilih boleh menyebarkan berita tentang usaha barunya berjalan dengan baik. Bukan hanya berbentuk wang, Lepre juga siap membiayai perjalanan kerja di luar negeri bersama dia, dan juga pembayaran hotel saat bekerja.

Pada laman tersebut disebutkan, Lepre menghabiskan waktunya untuk menjelajahi Jepun, Dubai, Hawaii, dan kota asalnya yakni, Sydney. Itulah fakta mengenai Matthew Lepre yang mencari pembantu peribadi dengan gaji tinggi. Nak cuba?