Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin anda juga akan terkejut apabila kembali ke sini.

MURAI sendiri datang ke Kuantan kali ini bukan semata-mata untuk bercuti, tetapi menghadiri pelancaran OSK Beach Combing (COMB-AT) di Pantai Balok. Namun, rugi kalau pengalaman 3 hari 2 malam di Swiss-Grand Beach Resort Kuantan tidak diceritakan.

Sebaik melangkah masuk ke lobi, perkara pertama yang kami perasan ialah suasananya. Lebih terang, lapang dan nampak jauh lebih premium.

 Swiss-Grand Beach Resort Kuantan  Swiss-Grand Beach Resort Kuantan

Sampai MURAI sempat bertanya kepada salah seorang staf, “Kenapa nampak lain? Dulu macam malap.”

Jawapannya cukup ringkas, “Ya, kami sudah ubah banyak fasiliti di sini sehingga menerima penarafan lima bintang.”

Memang ada perubahan besar. Resort yang mula menerima tetamu pada 1998 ini melalui transformasi menyeluruh, termasuk menaik taraf kesemua 306 bilik serta ruang awam seperti lobi. Ia kemudiannya memperoleh penarafan lima bintang pada Januari lalu dan dijenamakan semula sebagai Swiss-Grand, sekali gus menjadi hartanah pertama di bawah jenama premium Swiss-Grand di Malaysia.

Bilik Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Lebih Moden

Untuk penginapan kami, suasana bilik juga jauh daripada imej resort lama yang mungkin ada dalam ingatan.

Reka bentuk baharu mengetengahkan elemen kayu, rotan dan sentuhan songket, menjadikan ruang terasa moden tetapi masih ada identiti Malaysia. Bilik yang ditawarkan pula bermula daripada Deluxe Room hingga Family Room dan Executive Suite, dengan keluasan sekitar 40 hingga 72 meter persegi.

Topik Berkaitan Bukan Sekadar Transit, Airport Domestik Kini Jadi Port Shopping & Menang

Maksudnya, ini bukan sekadar tukar cat dan langsir. Memang nampak seperti satu bab baharu.

Pantai Balok Yang Buat MURAI Terpandang Dua Kali

Tetapi perkara yang paling mencuri perhatian kami bukan lobi, bukan bilik dan bukan kolam.

Pantainya.

Pasirnya halus, kawasan pesisir nampak kemas dan yang paling penting, kebersihannya benar-benar menyerlah. Sampai ada satu ketika MURAI terfikir, “Ini betul-betul pantai di Malaysia?”

Bukan nak over, tetapi suasananya memang boleh membuatkan kita terlupa seketika yang kita masih berada di Pantai Balok, Kuantan.

Malah, berdasarkan pengalaman sendiri, pantai di sini terasa lebih terjaga berbanding beberapa destinasi pantai popular yang pernah kami kunjungi di luar negara.

Tidak hairanlah pihak resort memberi perhatian terhadap penjagaan kawasan pesisir. Dalam program COMB-AT yang dilancarkan baru-baru ini, kira-kira 1.4 kilometer garis pantai dibersihkan secara berkala dengan kutipan sampah turut direkod dan dikategorikan.

Dan ketika MURAI berada di sini, memang jelas usaha menjaga pantai itu bukan sekadar cantik dalam brochure.

Lebih Daripada Sekadar Hotel Untuk Tidur

Bagi keluarga, ada Kids’ Splash Pool, Young Citizens of the World Kids’ Club, aktiviti pantai, mini soccer, bola tampar, memanah, tenis dan pickleball.

Yang mahu relaks pula boleh ke Soulé Spa & Retreat, sementara pilihan makanan merangkumi Garden Terrace, The Blossom Chinese Restaurant dan The Deli.

Topik Berkaitan Natural Batik Village Kuantan: Masuk Percuma, Pengunjung Boleh Canting Batik Sendiri
Soulé Spa & Retreat
Soulé Spa & Retreat

Pendek kata, kalau anda datang ke sini, tak semestinya perlu keluar mencari aktiviti setiap masa.

Dan mungkin itu yang paling menarik tentang Swiss-Grand Beach Resort Kuantan.

Ia bukan hotel lama yang sekadar diberikan nafas baharu.

Ia terasa seperti resort yang akhirnya menemui semula identitinya, dengan Pantai Balok sebagai aset paling besar.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari destinasi luar negara sampai terlupa, Malaysia pun ada tempat yang boleh buat kita berhenti sekejap dan berkata, “Eh, cantiknya.”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
kuantanSwiss-Grand Beach Resort
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.” Begitulah luahan seorang pengguna Threads...

Read moreDetails
LifeXplore

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] UNTAMED Buka Cerita Di Sebalik JDT, Tetapi Adakah Semua Persoalan Terjawab?

by Phic ARMAN
October 29, 2026

MURAI berpeluang menonton dokumentari UNTAMED semalam dan secara jujurnya, kami kagum dengan kualiti produksinya. Berdurasi 76 minit, dokumentari mengenai perjalanan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
LifeXplore

Tak Perlu Download Aplikasi Lain, Kini Boleh Guna DuitNow QR CIMB Di 9 Negara!

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Merancang percutian ke luar negara selepas ini? Ada berita baik buat pengguna CIMB OCTO! Kini, urusan pembayaran ketika melancong menjadi...

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Pertama ASAI Di Malaysia Kini Dibuka, Tak Jauh Pun Dari KLIA

by Phic ARMAN
October 11, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi untuk healing tanpa perlu memandu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, mungkin ini boleh masuk dalam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara