Ayam Brand™, jenama yang tidak asing lagi dengan sejarah lebih 130 tahun, telah melengkapkan inisiatif CSR terbaharunya, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, yang melibatkan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Inisiatif ini turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri.
Ayam Brand™ Bawa Misi Bentuk Generasi Sihat
Program ini menampilkan sesi Ayam Brand Nutrition Health Talk yang interaktif, dikendalikan oleh Puan Shazwani binti Magini dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Murid diperkenalkan:
- Konsep pemakanan seimbang, kumpulan makanan dan pembahagian saiz hidangan melalui konsep “Suku-Suku Separuh” yang dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari melalui aktiviti penyediaan makanan dalam kelas Kemahiran Hidup
- Pelajari konsep guna semula, pengurangan sisa dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, di samping mengasah kreativiti serta semangat kerja berpasukan menerusi Pertandingan Kebun Ayam Brand
Murid bekerjasama dengan Kelab Kelestarian atau Kelab Alam Sekitar sekolah masing-masing untuk menggunakan semula tin Ayam Brand™ dan bahan-bahan kitar semula sebagai hiasan kreatif bagi menceriakan kebun sekolah.
Memperluaskan Impak Melangkaui Sekolah
Selain program di sekolah, jenama ini turut melengkapkan inisiatif sumbangan makanan, yang menyantuni lebih 700 penerima manfaat daripada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia.

Dengan kesemua 10 aktiviti di sekolah telah selesai dilaksanakan dan sumbangan makanan telah disalurkan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan menggabungkan pendidikan, kemahiran praktikal, kelestarian dan sokongan komuniti.











