Susulan daripada kontroversi terbaharu melibatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang kini melibatkan ‘wanita keempat’ selepas gambar-gambarnya bercumbu dengan wanita itu tular di media sosial, wanita tersebut yang dikenali sebagai Mei Fina di laman Facebook nya tampil mendedahkan kisah sebenar.
Hanya Gambar Lama
Menerusi sebuah video yang dimuat naik secara langsung sebentar tadi, Mei akui dia pernah bergambar dengan penyanyi itu namun ianya bukanlah gambar terkini. Tegasnya, gambar itu merupakan gambarnya suatu ketika dahulu malah turut mempersoalkan mengapa baru sekarang gambar tersebut tular dan dimuatnaik oleh pihak tertentu.
Anggap Aliff Sebagai Artis Sendu
Bengang dengan penyebaran tersebut, dia turut menyelar tindakan Aliff yang seolah-olah mencari publisiti selain menganggap selebriti itu seperti tiada apa yang berharga pada nya.
” Gambar lama dah kenapa baru sekarang nak viral Yes, my phone hilang dekat kelab sebelum puasa dan saya tak pasti mereka ada sebarkan atau tidak. Pastu sekarang baru nak viralkan. Good Job Malaysia, tapi macam basi je”
Tambahnya lagi, dia tidak tolak kemungkinan bahawa telefon bimbitnya yang hilang sebelum bulan Ramadan antara punca mengapa gambar tersebut boleh tersebar dan dipercayai angkara pencuri yang mengambil telefon bimbitnya itu.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih dari 5 ribu jumlah tontonan manakala dalam perkembangan lain menerusi laporan sebuah akhbar mendakwa Aliff kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan dikepala dan akui saat ini merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.