[GIVEAWAY] ‘Pocong The Origin’- Kisah Perjalanan Bawa Jenazah Yang Menyeramkan

540

Satu lagi filem seram Indonesia yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 4 Jun 2019 di pawagam berhampiran anda. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2006, filem ini mempunya 3 siri dan kesemuanya mendapatkan sambutan besar dari para pencinta filem seram.

IKLAN

Monty Tiwa yang merupakan  pengarah dari filem Pocong 3 akhirnya kembali menunjukkan kebolehannya pada filem Pocong The Origin. Kali ini dia akan berkolaborasi dengan Erik Tiwa untuk menghasilkan filem seram terbaik tahun ini.

Bukan biasa-biasa, filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang ternama seperti Tio Pakusadewo, Surya Saputra, Samuel Rizal, dan Yama Carlos akan memberikan lakonan terbaiknya dalam filem ini. Nama-nama besar itu pastinya tidak asing ditelinga para pecinta filem seram Indonesia.

Nak tahu sedikit mengenai Sinopsis Pocong The Origin? Ia mengisahkan mengenai watak Ananta yang dilakokan oleh Surya Saputra merupakan seorang pembunuh berdarah dingin yang telah mati dihukum gantung.

Sasthi yang dilakonkan oleh Nadya Arina, adalah satu-satunya anak perempuannya yang harus menghantarkan jenazah ayahnya untuk dikuburkan di kampung halamannya. Dengan ditemani oleh Yama yang dilakonkan oleh Samuel Rizal, seorang pemandu penjara, kedua-duanya menuju ke kampung Ananta. Hal ini menjadi semakin sulit kerana berbagai gangguan ghaib menghalangi mereka di sepanjang perjalanan.

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat Hangat.com, pada Jumaat, 31 Mei 2019, jam 9 malam bertempat di  TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertan

  1. Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  2. Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia #PocongOriginMY dan @tgvpictures
  3. Anda dikehendaki kongsikan artikel ini di Facebook dan mengisi butir-butir diri anda dengan menjawab soalan.
  4. Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 30 Mei 2019
  5. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
  6. Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com melalui email anda.
  7. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  TGV One Utama pada 31 Mei bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  8. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  9. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.