Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Selain Chucky, Kisah Mistik 4 Anak Patung Ini Buatkan Anda Tak Tidur Malam

by Phic ARMAN
June 10, 2019
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik kecomelan anak patung yang sering menjadi peneman anak-anak kecil, ternyata boleh menjadi hal yang menakutkan.  Ada beberapa anak patung yang menyimpan kisah mistik di dalamnya.

Seperti hal misteri yang berlaku baru-baru ini di GSC Cinema, Mid Valley. Patung Chucky yang diletakkan di sana sebagai tujuan promosi filem Child’s Play yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini tiba-tiba hilang. Sehingga kini pihak GSC Cinema tidak dapat mengesan kehilangannya.

Berita kehilangan tersebut telah  dikeluarkan menerusi laman rasmi facebook mereka pada hari Khamis yang lalu 5 Jun 2019. Mereka turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika menjumpai patung ini kerana ia boleh mengundang bahaya.

Mungkin ramai yang tidak mahu percaya dengan hal-hal mistik sebegini. Namun ramai yang tak tahu, kebanyakkan patung-patung yang muncul dalam beberapa filem seram di dunia ini sebenarnya terinspirasi dari kisah benar.

Nak tahu patung patung yang tersenarai sebagai anak patung berhantu dengan kisah-kisah mistiknya?

Robert The Doll

Anak patung ini merupakan pemberian dari seorang pembantu rumah yang dipecat oleh keluarga Otto ketika mendapat tahu pembantu rumahnya sedang berlatih ilmu sihir. Namanya sendiri diambil dari nama pemilik pertamanya, Robert ‘Eugene’ Otto. Lalu mulalah muncul kejadian aneh sejak tahun 1904 kala itu, di mana barang-barang lain milik Eugene kerap dihancurkan oleh anak patung ini. Keanehan tersebut terus berlanjutan bahkan sampai Eugene dewasa hingga meninggal dunia.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Sepeninggalan Eugene, tempat kediamannya terus mengalami kejadian-kejadian aneh seperti suara langkah kaki, cekikikan, mahupun kerosakkan lainnya meskipun telah berganti pemilik. Bahkan dikhabarkan bahawa anak patung ini pun pernah menyerang orang dan boleh mengunci mereka di loteng. Kerana tidak tahan, pemilik rumah yang terakhir mengirim anak patung ini ke sebuah muzium di Fort East Martello, Florida. Khabarnya, Robert the Doll adalah anak patung yang menginspirasi filem Child’s Play yang bercerita tentang anak patung pembunuh bernama Chucky.

Anak Patung Mandy

Anak patung Mandy merupakan anak patung porselin yang dibuat di Eropah pada tahun 1910 sampai 1920. Awalnya, anak patung Mandy menjadi keresahan pemilik pertamanya lantaran kerap mendengar tangisan dari tempat di mana anak patung ini disimpan. Hingga pada akhirnya anak patung ini pun disumbangkan ke muzium Quesnel di British Columbia, Canada. Walaubagaimanapun, para penjaga muzium kerap mendengar bunyi jejak kaki dan kehilangan beberapa barang mereka. Mandy pun sering menakutkan para pengunjung yang ingin mengambil gambarnya dengan melirikkan matanya mengikuti arah kamera.

The Devil Baby Doll 

Awalnya kisah mistik anak patung ini merupakan legenda pada tahun 1800-an. Namun kisah seram anak patung ini benar-benar terjadi di abad ini. Orang-orang yang membeli anak patung Devil Baby pasti mengalami hal-hal seram.

Dipetik dari listverse, pengakuan pemiliknya bermacam-macam hal. Ada yang mengaku seperti diawasi dan mata dari boneka ini bergerak mengikutinya. Ada juga yang mendakwa boneka Devil Baby ini boleh bercakap dan bergerak sendiri.

Elmo

Tak ada yang menyangka anak patung selucu Elmo ternyata memiliki aura mistik. Elmo terkenal kerana ia adalah watak dari acara TV anak-anak bernama Sesame Street.

Pada tahun 2008, keluarga James membelikan anaknya anak patung Elmo yang diprogram boleh bercakap. Ketika James mengganti bateri anak patung itu, anak patung tersebut malah bercakap, “bunuh James”, setiap kali digunakan.

Voodoo Zombie Doll

Anak patung voodoo yang dibuat di New Orleans, Amerika Syarikat ini pada awalnya dibeli oleh seorang wanita di Texas melalui laman sesawang jual-beli. Dalam arahan yang tertulis, anak patung tersebut tak boleh dikeluarkan dari kotaknya. Namun, wanitatersebut melanggar arahan yang ada lantas memegang anak patung tersebut. Sejak memegang anak patung tersebut, dia pun mengaku selalu dihantui dalam mimpinya bahkan diserang saat sedang tidur.

Kemudian, dia pun berusaha untuk menjualnya beberapa kali, namun setiap pembeli yang menerimanya hanya mendapatkan kotak kosong tanpa isi dan patung itu malah kembali muncul di depan pintunya. Saat ini, anak patung ersebut disimpan oleh seorang pemburu hantu untuk diteliti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
https://lomp.at/cso9d
Share34Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem