Selepas kejayaan filem Abang Long Fadil 2, franchise nya yang ketiga terbitan Skop Production kini sedang rancak menjalani penggambarannya. Masih mengekalkan Zizan Razak sebagai tonggak utamanya, Abang Long Fadil 3 akan turut dibintangi oleh Datuk AC Mizal, Hairul Azreen, Wak Doyok, Johan Raja Lawak dan ramai lagi.
Baju Banduan Wak Doyok Curi Perhatian
Biarpun filem tersebut masih lagi dalam penggambaran, namun Abang Long Fadil 3 mula diperkatakan apabila gambar yang dimuatnaik Wak Doyok bersama Hairul dan Johan mencuri perhatian. Dalam gambar itu kelihatan baju banduan yang dipakai oleh Wak telah diubahsuai mengikut saiz nya dan kelihatan seperti sebuah baju yang ‘slim-fit’.
Tidak Menjiwai Watak?
Segelintir warga net mula mempersoalkan rekaan tersebut kerana baju tersebut tidak melambangkan keadaan yang sebenar selain mendakwa selebriti itu tidak menjiwai watak seperti pelakon-pelakon lain.
Biarpun begitu, sesetengah daripada mereka turut memuji penampilan Wak yang kelihatan kemas meskipun melakukan adegan di dalam penjara. Dalam pada itu, Wak akui dia mengubah suai baju tersebut kerana mendapat saiz yang besar sebelum ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.