Keluarga pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi sekali lagi diselubungi sedih apabila seorang lagi abang Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil pergi menghadap Ilahi.
Pergi Di Sisi Keluarga
Terdahulu, pada 19 Ogos Pak Nil dikejutkan dengan berita pemergian abangnya, Azmir Nawawi.
Ketika itu, Pak Nil berada di dalam siri jelajah Yayasan Pesona yang ditubuhkannya. Memetik laporan sumber, Allahyarham Azharnim, 61, menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta di sini.
Redha Dengan Ketentuan Ilahi
Menurut Pak Nil, biarpun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang yang disayangi dalam tempoh sebulan namun dia dan keluarga redha dan menerima ketentuan Ilahi dengan penuh sabar. murai.my difahamkan Allahyarham Azharnhim telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.
Menerusi perkongsian Pak Nil di Instagram mengenai khabar berita tersebut, rata-rata kenalan artis dan peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah buat Pak Nil sekeluarga. Salam takziah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.