Malam tadi, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pelakon Raja Ilya yang diadakan di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.
Seperti Puteri Raja
Majlis yang berlangsung dengan meriah itu memperlihatkan Ilya cukup cantik memakai gaun rona ungu yang ditata rias dengan hiasan bunga-bunga kecil. Manakala suaminya, Trent Garrett kelihatan cukup segak dengan sepersalinan sut sesuai dengan tema perkahwinan mereka, Black Tie.
Meskipun menampilkan tema sedemikian, namun suasana dan dekorasi perkahwinan itu dipuji ramai pengikut selebriti ini. Malah ada diantara mereka yang melihat konsep hiasan perkahwinan Ilya saling tidak ubah seperti sebuah kisah dongeng puteri raja.
Berlangsung Meriah
Majlis resepsi itu diserikan lagi dengan kehadiran kedua-dua belah keluarga, rakan-rakan selebriti serta jemputan daripada pasangan ini.
Dalam pada itu,rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagian Ilya suami ister sehingga ke akhirat. Sebagai info, Ilya selamat menjadi isteri kepada Tarrent pada 23 Disember tahun lalu di dalam sebuah majlis pernikahan yang telah diadakan secara tertutup di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.