Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Tindakan Harris Annuar Bantu Calon Dewi Remaja Terjatuh Dipuji Netizen

by Khai Azfar
October 16, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

The real hero! Mungkin ini adalah ungkapan yang sesuai untuk gambarkan mengenai pelakon baharu, Harris Annuar yang tampil membantu salah seorang calon Dewi Remaja 2019, Farzana Zainul atau lebih dikenali sebagai Zaza yang terjatuh sebanyak tiga kali ketika sesi memperkenalkan barisan peserta Top 20 Dewi Remaja 2019 semalam.

Harris Tampil Beri Bantuan 

Melihatkan pada keadaan Zaza yang jatuh ketika itu, Harris lantas membantunya dan membuatkan ramai netizen di media sosial memuji sikapnya yang disifatkan sebagai ‘gentleman’.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menurut Harris ketika ditemui murai.my usai daripada majlis sidang media pengumuman 12 finalis Dewi Remaja 2019, ketika itu dia tidak menyangka bahawa Zaza akan terjatuh beberapa kali dan menganggapnya ianya suatu perkara yang diluar jangkaan. Malah disaat Zaza jatuh buat kali ketiga, tanpa berfikir panjang dia bangun menghulurkan bantuan apatah lagi dia antara yang paling hampir dengan pentas acara itu.

“seperti kita yang tahu acara seperti ini agak besar dan sudah pasti mereka akan gementar apatah lagi pertama kali berhadapan dengan media. Pada mulanya saya kagum dengan keyakinan Zaza disaat namanya diumumkan namun saya tidak sangka dia akan terjatuh beberapa kali. Perkara seperti adalah biasa dan pernah terjadi sebelum ini namun ianya masih diluar jangkaan dan kita tidak mampu mengawalnya. Yang bagusnya dia terus berjalan dan penonton yang melihat telah menepuk tangan memberi sokongan padanya”

Puji Keberanian Zaza 

Tambah pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini dia memuji keyakinan dan keberanian Zaza yang terus berjalan dan tetap ceria meskipun insiden berkenaan sedikit sebanyak menganggu emosinya.

“Saya percaya apabila kita tolong orang hari ini, pada masa akan datang orang akan tolong kita pula. Tambah saya pula yang duduk berhampiran, takkan nak duduk tengok sahaja nanti apa pula kata orang”

Meskipun Zaza tidak tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja, Harris menganggap pencapaian gadis ini sebagai 20 calon finalis Dewi Remaja sudah memadai selain mendoakan kejayannya pada masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Harris bakal muncul dalam sebuah mega drama di saluran Astro Ria berjudul ‘Thank You Captain ‘bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Hisyam Hamid dan Mawar Rashid.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dewi Remaja 2019Farzana Dewi RemajaHarris Annuar
https://lomp.at/z6om9
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem