Pada Jun 2018, pelakon ternama Hollywood Jennifer Lawrence, 29 telah menjalinkan hubungan dengan Cooke Maroney sebelum kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Februari yang lalu.
Diadakan Secara Tertutup
Namun pada Sabtu yang lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan khabar berita bahawa pasangan ini telah selamat berkahwin dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan secara di Rhode Island, Amerika Syarikat. Biarpun diadakan secara tertutup, majlis tersebut turut dihadiri bintang popular yang lain seperti Adele, Kris Jenner, Emma Stone,Ashley Olsen dan ramai lagi.
Dihadiri Selebriti Ternama
Dikatakan majlis itu telah diadakan di sebuah rumah agam klasik yang direka oleh arkitek terkenal, Richard Morris Hunt pada 1894. Biarpun diadakan secara tertutup, namun bintang X-Men itu tetap anggun menggayakan gaun perkahwinan daripada jenama mewah Dior. Di Hollywood, ianya seperti trend yang mana selebriti popular lebih gemar untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup berbanding secara besar-besaran.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.