Sebentar tadi, menerusi perkongsian yang dibuat penyanyi Tomok di laman Instagram, dia mengumumkan satu berita khabar gembira yang mana isterinya, Ayu Abas telah disahkan hamil anak ketiga mereka.
Bersyukur Isteri Hamil
Dalam perkongsian itu, Tomok memanjatkan rasa syukur selain berterima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan buat mereka sekeluarga selama ini. Rata-rata peminat dan kenalan mula membanjiri ruangan komen posting berkenaan dengan ucapan tahniah selain mendoakan agar kandungan isterinya itu berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Mengharapkan Cahaya Mata Perempuan
Memetik kenyataan Tomok dan isteri sebelum ini, mereka pernah berseloroh dan berhasrat agar dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan kelak. Sebagai info, Tomok dan Ayu telah berkahwin pada 1 Julai 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid,8 dan Andrashah Iman, 5. Tahniah buat Tomok sekeluarga!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.