Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Paul Walker Kembali Semula Dalam Fast & Furious 9?

by Phic ARMAN
November 19, 2019
Share on Facebook

Berita terkini dari filem rantaian “Fast and Furious“. Selepas menamatkan penggambaran siri terbaru, “Fast and Furious 9“, nampaknya kini terdapat beberapa rahsia terbongkar yang mula beredar di kalangan peminat.

Menariknya, rahsia yang dibocorkan ini mengenai watak Brian O’Conner, yang dimainkan oleh pelakon lama Paul Walker. Walaupun dia sudah meninggal dunia dalam kemalangan kereta sejak tahun 2013, watak Brian O’Conner dikhabarkan akan dibangkitkan semula dalam siri terbaru “Fast and Furious”.

Kemunculan Brian O’Conner sendiri dikatakan akan muncul dengan penggunaan teknologi canggih CGI, seperti dalam filem “Furious 7” yang dikeluarkan pada tahun 2015 lalu. Oleh itu, tidak menghairankan jika produksi akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk filem ini.

Berita itu disampaikan oleh sumber yang dipetik oleh LadBible. Menurut sumber itu, pasukan produksi kini sedang mencari calon sebagai stunt double atau pengganti Paul Walker.

Bukan itu sahaja, Daniel Richtman, seorang wartawan filem juga berkata perkara yang sama menerusi akaun Twitternya.

Selain itu, proses penggambaran filem “Fast and Furious 9” telah selesai sejak minggu lalu. Siri kesembilan “Fast and Furious” dilakukan di berbagai lokasi seperti London, Edinburgh, Tbilisi (Georgia), Phuket dan Krabi (Thailand), dan Los Angeles.

“Fast and Furious 9” sendiri pasti akan menampilkan beberapa pelakon lama. Di antara mereka ialah Vin Diesel yang akan kembali memegang watak sebagai Dominic Toretto, kemudian Michelle Rodriguez, yang akan mengulangi wataknya sebagai Letty.

Filem ke-sembilan ini telah memulakan proses persiapan sejak Mei lalu ketika Daniel Casey menandatangani kontak untuk menulis skrip. Sementara Justin Lin, yang sebelum ini mengarahkan empat siri “Fast and Furious”,  menjadi pengarah.

“Fast and Furious 9” bersedia ditayangakan pada Mei, 2020.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
https://lomp.at/m4m4y
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara