• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Ejen Ali : The Movie ‘Sumpah Best!’

by Khai Azfar
November 29, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru sahaja ditayangkan bermula semalam 28 November, namun penangan filem animasi tempatan Ejen Ali : The Movie mendapat komen yang cukup positif daripada para penonton tanah air. Malah khabarnya kebanyakan pawagam juga ‘full house’ dengan penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Tahun Animasi Negara 

Mengenai Ejen Ali : The Movie terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation, ianya merupakan kali pertama animasi ini diangkat ke layar perak mengikut jejak langkah dua lagi animasi tempatan yang turut ditayangkan pada tahun ini, Upin & Ipin dan Boboiboy yang mana mencatat kutipan yang cukup membanggakan.

Tidak keterlaluan jika kami katakan 2019 adalah tahun buat animasi negara.Syabas!

Ejen Ali : The Movie Filem Animasi Terbaik Setakat Ini! 

Kami berkesempatan untuk menonton filem Ejen Ali dan apa yang boleh dikatakan filem ini barangkali wajar diangkat sebagai filem animasi terbaik untuk tahun 2019 atau mungkin antara yang terbaik setakat ini.

Sinematografinya dan penceritaan yang diatur dengan baik mungkin antara kekuatan Ejen Ali. Biarpun ianya adalah sebuah filem animasi, namun kepelbagaian yang ditonjolkan cukup untuk menarik minat ramai netizen menonton filem ini.

Malah jika dipanjangkan durasinya sekalipun, kami sanggup menontonnya sama seperti The Avengers : End Game yang mencipta sejarah dalam durasi filem dunia.

Bagi membuat perbandingan filem ini, kami gambarkan seperti kami langsung tidak tahu dari manakah asalnya filem Ejen Ali terutamanya kesan 3D nya barangkali mungkin dari Hollywood?

Layak Diberi Pujian 

Namun siapa sangka ianya adalah sebuah filem tempatan! Segalanya hampir sempurna disaat menonton filem ini sehingga kami terleka dan terlupa untuk mencari kelemahan yang ada.

Grafik yang mantap, pemilihan lagu yang tepat serta nilai murni yang ditonjolkan cukup jelas sememangnya adalah satu kerugian buat anda yang tidak menontonnya. Mungkin ulasan kami kali ini agak sedikit tinggi dan lebih memuji berbanding sebelum ini namun Ejen Ali : The Movie layak diberikan pujian!

Sinopsis Ejen Ali : The Movie

Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu,dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

ejen ali the moviefilem ejen alireview filem ejen ali the moviesinopsis ejen ali the movie
https://lomp.at/hkkd2
Share6Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore