Seperti yang diketahui oleh peminat, salah seorang anggota kumpulan BigBang, Seungri telah ditangkap atas pelbagai tuduhan termasuklah isu pelacuran, terlibat dalam perbualan seks bersama Jung Joon Young dan banyak lagi.

#ApologizeToSeungri Trending Di Twitter 

Namun sejak semalam, “#ApologizeToSeungri” mulai trending di Twitter pada tangga teratas dunia selepas pihak KBS mendedahkan perbualan sebenar diantara Seungri dan Jung Joon Young di dalam kumpulan perbualan mereka.

IKLAN

Dalam mesej yang tular itu, peminat mendakwa bahawa Seungri tidak bersalah dalam isu tersebut dan seperti menjadi mangsa keadaan. Menguatkan spekulasi tersebut dikatakan di dalam mesej perbualan itu Seungri hanya merupakan salah seorang di dalam nya dan tidak memberi sebarang maklumbalas yang mencurigakan terhadap video yang dimuat naik di dalamnya.

Peminat Tuntut Pihak Media Minta Maaf 

Dengan itu, sebuah hashtag khas telah diwujudkan oleh peminat yang menuntut semua pengamal media untuk memohon maaf kepada Seungri.

Dikatakan pihak media telah memutarbelit kisah sebenar mengenai penyanyi itu sehingga dia ditahan dan tular diseluruh dunia.

Malah mereka turut menganggap media sebagai punca karier yang dibina selama 13 tahun oleh Seungri musnah begitu sahaja.